Search This Blog

Tuesday 22 November 2011

KITA MASIH LAGI LALAI.

   Perkara-perkara ini akan muncul dari kederhakaan dan kelalaian untuk berzikir kepada Allah.  Antara lain ialah hidayah berkurangan, pemikiran tidak benar, kebenaran tertutup, hati rosak, zikir lemah, waktu terbuang sia-sia, hati jauh dari Allah, hubungan antara hamba dengan Tuhannya tidak rapat, doa tidak didengar, hati keras, berkat dalam rezeki dan usia hilang, susah mendapat ilmu, diliputi kehinaan, dada sesak, diuji dengan kawan-kawan yang rendah akhlak, kebimbangan yang tidak pernah henti, hidup yang sengsara dan perasaan yang pedih.  
   
    Kesan dari istighfar adalah untuk menghalau keresahan, kebimbangan dan kesempitan dan kita semua tahu apa tujuan kita beristighfar dalam kehidupan seharian kita.  Segala kederhakaan dan kerosakan akan menyebabkan kita mengalami keresahan, kebimbangan, rasa takut, sedih, kesesakan di dalam dada dan berbagai-bagai penyakit hati yang lain.  Selepas berbuat derhaka dan jiwa mereka sudah bosan dengan kederhakaan yang telah dilakukan,,mereka akan kembali melakukan perbuatan dosa sebagai pelarian untuk menghilangkan kesempitan, keresahan dan kebimbangan yang ada dalam dada mereka.
        
    Melenyapkan beban fikiran dengan cara berbuat derhaka tidak akan mendatangkan apa-apa kesan malah akan memusnahkan hati akibat dari dosa-dosa dan maksiat yang dilakukan. 

    Sebab itu, cara yang paling berkesan untuk mengharungi beban fikiran itu hanyalah TAUBAT dan ISTIGHFAR....  :)







                                    

No comments:

Post a Comment