Search This Blog

Thursday 24 November 2011

KEAMANAN ADALAH TUJUAN AGAMA DAN AKAL.

   Baginda Rasul bersabda: "Sesiapa tidur dengan perasaan aman di hatinya, sihat tubuh badannya dan mempunyai makanan yang cukup untuk sehari maka dia tidak ubah seperti orang yang berkuasa ke atas dunia dan segala isinya."


   Hati yang aman adalah hati yang disertai dengan kualiti keimanan, kedalaman untuk menyelami kebenaran dan kualiti keyakinan.  Rumah yang aman adalah rumah yang tidak menerima hal-hal yang tidak benar, yang mencegah tindakan yang memalukan, yang selalu diliputi ketenangan dan yang menjadikan ajaran Ilahi sebagai panduan hidup penghuniya.


   Umat yang aman adalah umat yang didukung di atas rasa cinta, umat yang ditegakkan di atas prinsip keadilan dan umat yang memilih syariah sebagai jalan hidupnya.  Orang yang tidak takut tidak akan merasa tenang, orang yang mengingkari kewujudan Allah tidak akan merasa aman dan orang yang sakit tidak akan merasa selesa.


   DEMI ALLAH, alangkah sengsaranya dunia. JIKA segi yang satu baik maka segi yang lain buruk.  JIKA harta datang maka tubuh terkulai sakit.  JIKA badan sihat, tiba-tiba musibah menimpa dan JIKA keadaan mulai baik dan boleh dikawal maka kematian datang.....




















                            

Tuesday 22 November 2011

KITA MASIH LAGI LALAI.

   Perkara-perkara ini akan muncul dari kederhakaan dan kelalaian untuk berzikir kepada Allah.  Antara lain ialah hidayah berkurangan, pemikiran tidak benar, kebenaran tertutup, hati rosak, zikir lemah, waktu terbuang sia-sia, hati jauh dari Allah, hubungan antara hamba dengan Tuhannya tidak rapat, doa tidak didengar, hati keras, berkat dalam rezeki dan usia hilang, susah mendapat ilmu, diliputi kehinaan, dada sesak, diuji dengan kawan-kawan yang rendah akhlak, kebimbangan yang tidak pernah henti, hidup yang sengsara dan perasaan yang pedih.  
   
    Kesan dari istighfar adalah untuk menghalau keresahan, kebimbangan dan kesempitan dan kita semua tahu apa tujuan kita beristighfar dalam kehidupan seharian kita.  Segala kederhakaan dan kerosakan akan menyebabkan kita mengalami keresahan, kebimbangan, rasa takut, sedih, kesesakan di dalam dada dan berbagai-bagai penyakit hati yang lain.  Selepas berbuat derhaka dan jiwa mereka sudah bosan dengan kederhakaan yang telah dilakukan,,mereka akan kembali melakukan perbuatan dosa sebagai pelarian untuk menghilangkan kesempitan, keresahan dan kebimbangan yang ada dalam dada mereka.
        
    Melenyapkan beban fikiran dengan cara berbuat derhaka tidak akan mendatangkan apa-apa kesan malah akan memusnahkan hati akibat dari dosa-dosa dan maksiat yang dilakukan. 

    Sebab itu, cara yang paling berkesan untuk mengharungi beban fikiran itu hanyalah TAUBAT dan ISTIGHFAR....  :)







                                    

Sunday 20 November 2011

JANGAN MENENTANG TUHANMU.

  


   Keredaan di hati akan melenturkan penentangan hamba terhadap pengaturan dan ketentuan Tuhannya, kerana tidak menerima ketentuan-Nya bermakna melawan-Nya dalam hal-hal yang tidak boleh diterima hati.  Ia dapat difahami dari hal iblis yang melawan Tuhannya kerana tidak boleh menerima ketentuan-ketentuan yang di buat oleh Tuhannya termasuk pengaturan-pengaturan agama dan alam semesta.
   
   Orang yang menolak untuk percaya kepada Allah, akan melakukan hal yang sama dengan yang dilakukan oleh iblis, kerana iblis menentang Tuhannya atas dasar kesombongan dan tidak mahu tunduk kepada Zat yang Berkuasa.  Iblis mengabaikan, melanggar larangan, tidak menerima ketentuan dan tidak tunduk kepada qadha....