Search This Blog

Thursday 6 June 2013

6 HALANGAN MENCAPAI DARJAT SOLIHIN


  IBRAHIM bin Adham berkata: Seseorang itu tidak akan dapat mencapai darjat solihin melainkan dia terlebih dahulu melepasi enam halangan:



  1. Tertutupnya pintu nikmat dan terbukanya pintu kesusahan.
  2. Tertutupnya pintu kerehatan dan terbukanya pintu usaha keras.
  3. Tertutupnya pintu kebanggaan dan terbukanya pintu kehinaan.
  4. Tertutupnya pintu tidur dan terbukanya pintu berjaga malam.
  5. Tertutupnya pintu kekayaan dan terbukanya pintu kefakiran.
  6. Tertutupnya pintu angan-angan dan terbukanya pintu persediaan untuk menghadapi kematian.....





Thursday 26 July 2012

Erti Cinta Yang Sebenar.


Jadikanlah diri kita sebagai kekasih Allah,kerana ia akan mendatangkan ketenangan.Orang yang paling bahagia ialah orang yang menjadikan kemuncak dan matlamat utamanya adalah mencintai Allah.Alangkah bermaknanya firman Allah ini:
        "Dia mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya." (Surah Al-Maidah: 54)
Ramai ulama tafsir berkata : "Tidak ada yang menghairankan dalam '...mereka mencintai-Nya...' tetapi yang menghairankan adalah: 'Dia mencintai mereka...' Allah yang mejadikan ,memberi rezeki,melindungi dan memberi anugerah-Nya kepada mereka,tetapi Allah juga mencintai mereka.
           "Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,nescaya 
 Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.(Surah Ali  Imran:31)   
Mari kita perhatikan kehormatan Ali bin Talib,yang merupakan mahkota yang bersemayam di atas kepalanya: Seorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dan dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya.
           Ada seorang sahabat Baginda Rasul yang sangat senang membaca: 'Qul huwallahu Ahad.' Bacaan itu selalu diulang-ulangnya dalam setiap rakaat,selalu dibaca dalam zikirnya,selalu diucapkannya,selalu diingat untuk menggerakkan anggota tubuhnya.Baginda Rasul bersabda:
           "Kecintaanmu padanya akan membuatmu masuk syurga. "
Alangkah indahnya dua rangkap puisi yang pernah di baca dahulu,dalam riwayat hidup seorang ulama:
            Jika cinta orang yang mabuk cinta kepada Laila dan Salma sudah merampas hati dan fikiran
             Lalu apa yang dilakukan oleh orang yang mabuk cinta yang di dalamnya mengalir rasa cinta
            kepada Yang Maha Tinggi?
            "Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata:  'Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat
             Disayangi-Nya '. Katakanlah (wahai Muhammad) :  '(Kalau betul demikian )maka
             mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu '?" (Surah Al-Maidah:18)
Cerita cinta Majnun tehadap Laila yang sangat terkenal itu,menunjukkan bahawa Majnun akhirnya dibunuh oleh cintanya sendiri kepada Laila ; Qarun dibunuh oleh cintanya kepada harta benda,Fir'aun dibunuh olehnya cintanya kepada kedudukan,tetapi Hamzah,Jaafar dan Hanzhalah mati kerana cinta mereka kepada Allah dan Rasul-Nya.Alangkah jauh jarak yang memisahkan antara kedua-duanya,Majnun,Qarun dan Fir'aun di satu pihak ; Hamzah,Jaafar dan Hanzhalah di pihak yang lain........ 













Sunday 22 July 2012

Fadilat berpuasa ramadan..

-Dibukan pintu langit...

-Dibukakn pintu-pintu syurga...

-Bulan yg penuh dgn keberkatan...

-Mempunyai satu drpd malamnya adlah lebih baik dari seribu bulan  (Lailatulqadar)...

-Ganjaran berganda amalan sunat sama dgn solat fardu...

-Solat fardu mndapat ganjaran 70 kali ganda...

-Bulan kesabaran dan pahalanya adlah syurga...

-Bulan menambah rezeki...

-Bulan keampunan dan makbul doa. (doa yg paling makbul adlah doa ketika sblm berbuka puasa dan doa pd sepertiga mlm)....





Monday 16 April 2012

Final Exam.....

Assalamualaikum...da lme tak bukak blog ni..mmg tak ad mse nk bkak..lgpon mnggu dpan da final exam,,,doakan yg terbaik untuk sy yup kwn2...insya-Allah,, :))..gud luck for final exam untk kwn sy yg lain especially DKM 5A.....-All the best- ^_^







                     

Thursday 24 November 2011

KEAMANAN ADALAH TUJUAN AGAMA DAN AKAL.

   Baginda Rasul bersabda: "Sesiapa tidur dengan perasaan aman di hatinya, sihat tubuh badannya dan mempunyai makanan yang cukup untuk sehari maka dia tidak ubah seperti orang yang berkuasa ke atas dunia dan segala isinya."


   Hati yang aman adalah hati yang disertai dengan kualiti keimanan, kedalaman untuk menyelami kebenaran dan kualiti keyakinan.  Rumah yang aman adalah rumah yang tidak menerima hal-hal yang tidak benar, yang mencegah tindakan yang memalukan, yang selalu diliputi ketenangan dan yang menjadikan ajaran Ilahi sebagai panduan hidup penghuniya.


   Umat yang aman adalah umat yang didukung di atas rasa cinta, umat yang ditegakkan di atas prinsip keadilan dan umat yang memilih syariah sebagai jalan hidupnya.  Orang yang tidak takut tidak akan merasa tenang, orang yang mengingkari kewujudan Allah tidak akan merasa aman dan orang yang sakit tidak akan merasa selesa.


   DEMI ALLAH, alangkah sengsaranya dunia. JIKA segi yang satu baik maka segi yang lain buruk.  JIKA harta datang maka tubuh terkulai sakit.  JIKA badan sihat, tiba-tiba musibah menimpa dan JIKA keadaan mulai baik dan boleh dikawal maka kematian datang.....




















                            

Tuesday 22 November 2011

KITA MASIH LAGI LALAI.

   Perkara-perkara ini akan muncul dari kederhakaan dan kelalaian untuk berzikir kepada Allah.  Antara lain ialah hidayah berkurangan, pemikiran tidak benar, kebenaran tertutup, hati rosak, zikir lemah, waktu terbuang sia-sia, hati jauh dari Allah, hubungan antara hamba dengan Tuhannya tidak rapat, doa tidak didengar, hati keras, berkat dalam rezeki dan usia hilang, susah mendapat ilmu, diliputi kehinaan, dada sesak, diuji dengan kawan-kawan yang rendah akhlak, kebimbangan yang tidak pernah henti, hidup yang sengsara dan perasaan yang pedih.  
   
    Kesan dari istighfar adalah untuk menghalau keresahan, kebimbangan dan kesempitan dan kita semua tahu apa tujuan kita beristighfar dalam kehidupan seharian kita.  Segala kederhakaan dan kerosakan akan menyebabkan kita mengalami keresahan, kebimbangan, rasa takut, sedih, kesesakan di dalam dada dan berbagai-bagai penyakit hati yang lain.  Selepas berbuat derhaka dan jiwa mereka sudah bosan dengan kederhakaan yang telah dilakukan,,mereka akan kembali melakukan perbuatan dosa sebagai pelarian untuk menghilangkan kesempitan, keresahan dan kebimbangan yang ada dalam dada mereka.
        
    Melenyapkan beban fikiran dengan cara berbuat derhaka tidak akan mendatangkan apa-apa kesan malah akan memusnahkan hati akibat dari dosa-dosa dan maksiat yang dilakukan. 

    Sebab itu, cara yang paling berkesan untuk mengharungi beban fikiran itu hanyalah TAUBAT dan ISTIGHFAR....  :)







                                    

Sunday 20 November 2011

JANGAN MENENTANG TUHANMU.

  


   Keredaan di hati akan melenturkan penentangan hamba terhadap pengaturan dan ketentuan Tuhannya, kerana tidak menerima ketentuan-Nya bermakna melawan-Nya dalam hal-hal yang tidak boleh diterima hati.  Ia dapat difahami dari hal iblis yang melawan Tuhannya kerana tidak boleh menerima ketentuan-ketentuan yang di buat oleh Tuhannya termasuk pengaturan-pengaturan agama dan alam semesta.
   
   Orang yang menolak untuk percaya kepada Allah, akan melakukan hal yang sama dengan yang dilakukan oleh iblis, kerana iblis menentang Tuhannya atas dasar kesombongan dan tidak mahu tunduk kepada Zat yang Berkuasa.  Iblis mengabaikan, melanggar larangan, tidak menerima ketentuan dan tidak tunduk kepada qadha....