Search This Blog

Friday 7 October 2011

Kesabaran Menunggu Sesuatu...

  Tidak ada di dunia ini kerja yang lebih sukar berbanding sabar. Sabar boleh bermakna sabar terhadap yang disukai dan sabar terhadap yang tidak disukai. Sabar diperlukan dalam melakukan sesuatu yang sangat panjang masanya,atau ketika terperangkap dalam putus asa kerana sudah buntu. Untuk mengharungi masa yang panjang itu diperlukan bekalan supaya boleh menyelesaikan perjalanan panjang itu sehingga selesai. Dan bekalan itu sendiri bermacam-macam.

  1. Menimbang kadar ujian yang boleh jadi akan lebih besar dari yang di bayangkan.
  2. Membayangkan di atas ujian itu ada yang lebih besar lagi.
  3. Mengharap ganti di dunia.
  4. Membayangkan pahala yang akan di peroleh di akhirat.
  5. Menikmati pujian dengan mengandaikannya datang dari sesama manusia dan diarahkan kepadanya dan yakin bahawa pahala akan datang dengan sendirinya dari Allah.
  6. Kesedihan tidak mendatangkan manfaat,hanya memburukkan lagi keadaan.
  Banyak perkara yang perlu dijauhi oleh akal fikiran. Tidak ada jalan menuju kesabaran selain memberi sesuatu yang tidak dikehendaki oleh akal fikiran itu. Orang sabar mesti menyibukkan diri dengan hal-hal dan menghabiskan masa ujian dengannya.